icon-search
icon-search

Zumba

Zumba

Apa itu senaman ZUMBA?

Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang koreografi iaitu Alberto Beto Perez  pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.

Apa kebaikan senaman ZUMBA yang kita boleh dapat?

  • Dance workout

Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.

  • Bakar kalori

Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min)

  • Mood down?

Jangan risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersamai rakan rakan lain dengan cara yang lebih enjoy dan santai.

  • Seronok tak? 

Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama.

  • Senaman kardio

Intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik

  • Kuatkan abs dan pinggang

Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique)

 

Program Strixe

Team Strixe telah memilih Hari Rabu sebagai hari untuk bersenam bagi sebagai salah satu langkah untuk mengamalkan cara hidup yang sihat. Hanya 1 jam saja yang diperlukan untuk setiap minggu dan Lunges Aerobic Fitness yang bertempat di Manjung, Perak telah menjadi tempat pilihan untuk Team Strixe melaksanakan aktiviti ini.  Sesiapa yang area Manjung, boleh juga turut serta untuk memeriahkan lagi suasana. Bayaran untuk kelas zumba ini pun sangat sangat berpatutan.

 

Team Strixe bersama ahli-ahli Lunges Aerobic Fitness 


Jika anda seorang yang aktif, suka menari dan suka untuk mencuba aerobik dance workout yang berlainan, apa kata anda masukkan aktiviti berzumba dalam senarai aktiviti anda? 





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping