icon-search
icon-search

Jenama Strixe

Strixe ialah jenama pakaian “activewear & corporatewear ” khas buat guru dan wanita di Malaysia.

Strixe fokus menghasilkan pakaian yang sedondon dan selesa.

Strixe ingin pelanggan berasa bangga dengan tugas dan menyerlahkan semangat berpasukan.

Strixe menyanjung tinggi petugas barisan hadapan dalam industri Pendidikan.


Maksud Strixe 

Perkataan “Strixe” berasal daripada perkataan “Strike” iaitu satu pergerakan menyeluruh dengan penuh nekad , bertenaga dan bersungguh-sungguh.

Strixe ingin membawa mesej bahawa kita semua harus berusaha sehabis baik bagi mencapai impian dan matlamat kehidupan walau apa jua rintangan.

 

Permulaan

2020 tahun penuh cabaran dan ketidakpastian. Virus covid menyerang dunia. Keadaan huru – hara. Kalian masih ingat ? Syarikat kami pada waktu itu masih kecil dan ditekan pula dengan masalah dunia ini.

Dikala banyak Syarikat gergasi menutup perniagaan sementara , sepenuhnya atau bertukar bidang perniagaan. Kami memilih untuk bangkit , bangun dan buat sehabis baik. Maka lahirnya Strixe.

Semoga kalian terus menyokong Strixe agar membawa kebaikan dan manfaat buat pelanggan dan masyarakat.

 

Website Strixe

Website ini dilancarkan pada Januari 2024 untuk memudahkan urusan pelanggan . Kami akan memperbaiki website ini dari semasa ke semasa untuk kebaikan bersama. 

 

Profile Syarikat

Nama : Strixe Ventures Sdn Bhd (Dahalu dikenali sebagai Strixe Apparel Sdn Bhd)

SSM : 202001038370 (139461-M)

Email : strixe.info@gmail.com

No Telefon : +60108793516

Waktu operasi : 9-6 ptg (Isnin – Jumaat)

Alamat : No 65 , Jalan PPMP 7 , Pusat Perniagaan Manjung Point Seksyen 1 , 32040 Seri Manjung

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/d8oYqX8xegf1friX9


Your cart is currently empty.
Continue shopping