icon-search
icon-search
  1. Sebarang pembayaran yang dibuat mestilah di bawah STRIXE VENTURES SDN BHD (5582-9367-8460) dan pembayaran daripada nombor akaun lain tidak akan dilayan . (Dahulu dikenali sebagai Strixe Apparel Sdn Bhd)
  2. Sekiranya terdapat keraguan mengenai pembelian atau nombor akaun, pelanggan boleh menghubungi Pihak Khidmat  Pelanggan kami untuk pengesahan sahaja.
  3. Untuk deposit sekurang-kurangnya 70% deposit dari jumlah pembayaran untuk item pre-order, agar kami dapat meneruskan pesanan item pre-order tersebut.
  4. Item pelanggan deposit hanya akan dikeluarkan untuk pengeposan setelah pembayaran penuh dibuat.
  5. Tempoh untuk menjelaskan baki bayaran ialah 30 hari selepas tarikh penghantaran pre order. Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan barang selepas tempoh waktu tersebut. 
  6. Size bagi semua baju ialah mengikut size Asia. Sila rujuk "sizing chart" yg diberikan di whatsapp oleh pihak kami.
  7. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan salah order / salah ukur saiz baju selepas pembayaran deposit atau bayaran penuh.
  8. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan memberi ejaan nama yang salah untuk kami print / sulam
  9. Pelanggan wajib menyemak segala artwork , maklumat tempahan , saiz , warna dan lain2 maklumat yg penting. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan "approve" dan kami telah proceed ke bahagian percetakan atau bahagian lain.
  10. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan salah order saiz pakaian. Kami akan bantu untuk tukar baju anda sekiranya ada stock lebih pada pihak kami dan caj penghantaran semula akan dikenakan / caj buka sulam nama jika diperlukan.
  11. Pelanggan boleh mengunjungi ke kedai kami untuk mendapatkan sampel produk. (Bergantung pada stok dan saiz yang ada)
  12. Sebarang baki pembayaran akan dimasukkan ke dalam bungkusan atau dipindahkan secara langsung ke dalam akaun pelanggan.
  13. Penghantaran barang melalui kurier (Skynet/J&T/CityLink) dan mengambil barang yang dibeli di kedai (pengambilan) sahaja. Kami tidak menyediakan Cash On Delivery (COD).
  14.  Sila "alert" dengan tarikh postage yg dijadualkan. Kami tidak akan menerima sebarang permintaan untuk mengawalkan tarikh penghantaran.
  15. Pertukaran tempahan/maklumat selepas deposit akan dikenakan charge sebanyak RM 15 (Skynet/J&T/CityLink)
  16. Waktu pengeposan dibuat pada tengah hari pada hari bekerja sahaja dan nombor tracking akan diberikan setelah item tersebut dipos. Untuk makluman, item yang dipos akan tiba 1-7 hari bekerja bergantung pada kurier. Sekiranya terdapat kelewatan atau penghantaran dibuat lebih awal dari pihak kami, kami akan memberitahu pelanggan dengan segera.
  17. Sekiranya "Tracking Number Not Found" setelah penghantaran dibuat, pelanggan perlu menunggu sistem yang dikemas kini dari pihak kurier. Sekiranya tidak ada perubahan selepas 2 hari, pelanggan perlu menghubungi pihak kurier tersebut.
  18. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya produk tersebut tidak diterima oleh pelanggan semasa hari penghantaran. Sekiranya barang return kepada kami , kami akan kenakan charge postage untuk pos semula tempahan anda.
  19. Sebarang pertukaran saiz selepas pembayaran deposit atau bayaran penuh selepas 24 jam tidak akan dilayan. 
  20. Sebarang pertambahan order selepas tarikh tutup dan deposit akan terima lebih lewat dari tarikh postage kerana ini akan masuk ke proses batch seterusnya.
  21. Sekiranya terdapat kesilapan semasa pengeposan dari pihak kami, semua caj postage akan ditanggung sepenuhnya.
  22. Jika ada kehabisan stok atas sebab-sebab tertentu, pihak kami akan memaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu sebelum meneruskan penghantaran. Dan pihak kami berhak mencadangkan sebarang pertukaran kepada pelanggan.
  23. Sebarang ganti rugi hanya akan dibuat sekiranya terdapat kerosakan atau ketiadaan barangan berlaku kepada pelanggan.
  24. Sebarang pemulangan pembayaran hanya akan dibuat setelah pihak kami menerima barang yang mesti dikembalikan dalam keadaan baik.
  25. Pemulangan sebarang pembayaran dari pihak kami hanya akan dibuat pada 15hb dan 30hb sahaja. Diharapkan pelanggan yang dihormati dapat bersabar dan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.
Your cart is currently empty.
Continue shopping