icon-search
icon-search

SET ORIGAMI PERCUMA UNTUK ANDA 


Strixe ada sediakan set origami (pdf) secara percuma di bahagian ahkir.

1. Download

2. Print 

3. Main bersama anak-anak anda!

Sebelum tu jom kita baca serba sedikit tentang origami. Satu seni yang kian dilupakan.

 Adakah kita sedar yang sebenarnya permainan yang kita pernah kita main dahulu, kini semakin dilupakan dan hilang bersama peredaran masa. Kalau dikembangkan seni origami ini, anda boleh menghasilkan pelbagai design yang kemungkinan dapat mendatangkan hasil. Jadi, sebelum kita belajar Origami, kita selami dahulu sejarah Origami.

 Origami adalah seni tradisional yang melibatkan proses melipat kertas untuk menciptakan berbagai bentuk dan figura. Salah satu prinsipnya adalah penggunaan selembar kertas tanpa pemotongan. Kertas persegi yang sederhana ini dapat menciptakan bentuk yang sangat kompleks melalui serangkaian lipatan yang cermat. Contohnya, anda boleh membuat figura burung hingga naga dan bangunan.

 Teknik melipat kertas ini sebenarnya berasal dari China, bukan Jepun. Di China pada waktu itu, kertas sering kali dilipat menjadi bentuk-bentuk simbolik dan digunakan untuk upacara keagamaan, serta ritual. Namun, Jepun lebih dikenal sebagai rumah origami di zaman sekarang.

 Apalagi ketika ada yang bertanya tentang apa itu origami, maka akan dikaitkan dengan negara Jepun. Hal ini karena melekatnya kehidupan masyarakat Jepun dengan seni melipat kertas ini.

 Di Jepun, origami digunakan dalam banyak konteks, mula dari upacara keagamaan hingga hiburan. Seni melipat kertas ini mendapatkan namanya di Jepan – ‘ori’ bermaksud melipat, dan ‘gami’ bermaksud kertas.


Antara kelebihan origami ini adalah:-

1. Origami mengajar untuk mengendalikan bahan yang halus dan rumit dengan berhati-hati. Seni lipatan origami ini memahirkan tangan untuk melipat dengan sabar dan berhati-hati bagi membolehkan lipatannya berhasil menjadi objek yang diingininya.

2. Origami mengajar keseimbangan dan simetri. Lipatan-lipatan origami memerlukan latihan agar mahir melipat dan memastikan lipatan tersebut betul-betul simetri bagi menghasilkan objek yang sempurna.

3. Origami mengajar ilmu matematik berkaitan geometri, setengah , seperempat bentuk dan saiz.

4. Membuat origami adalah salah satu cara mendidik anak melaksanakan sesuatu tugasan itu dengan tertib dan sempurna. ‘Step by step’ cara lipatan tersebut harus di ikut sehingga sempurna terhasilnya objek tersebut.

5. Prosedur, tahap demi tahap dalam membuat lipatan tersebut secara tak langsung mengajar disiplin dan mengikut peraturan.

6. Kreativiti yang terhasil daripada aktiviti lipatan kertas origami ini mampu membentuk ketrampilan, kreativiti dan imaginasi.

7. Origami memiliki bahasa pendidikan yang menyeluruh @ universal, mudah di fahami dan disukai orang diseluruh dunia dari pelbagai budaya, agama dan status sosial.

8. Origami juga boleh dijadikan aktiviti santai bersama keluarga atau kawan-kawan


Bukan hanya kanak kanak, tapi semua golongan umur akan dapat manfaat daripada aktiviti ini. 

Disini admin share link untuk download contoh origami yang boleh dibuat sama sama anak anak. Boleh jadikan ini sebagai permulaan anda untuk pelajari Origami. 

Lihat beberapa contoh di bawah ya.


 



Download di sini dan kemudian anda boleh cetak dan main bersama anak-anak anda :-

https://drive.google.com/file/d/15r-tVL4LmWonvOiqoTacELQfjCHK5tK6/view?usp=sharing


 

 

 

 

 

 

Your cart is currently empty.
Continue shopping