icon-search
icon-search

Manfaat dari Permainan Cari Perbezaan Gambar


Ketelitian merupakan salah satu daripada Big Five Personality (Keperibadian Lima Dimensi Besar). Ketelitian boleh diajar kepada anak sejak dari kecil lagi. Bagi sesetengah orang, ketelitian adalah sifat yang sukar dipupuk, namun ia tetap boleh diterapkan. Jadi untuk langkah awal, anda boleh mengajar anak anak dengan cara yang mudah lagi menarik. Salah satunya adalah permainan yang sering kali ada di dalam buku atau surat khabar iaitu permainan mencari perbezaan pada gambar yang hampir sama. 

Terdapat banyak manfaat bermain permainan ini. Antaranya ialah:-

  1. Mampu membuat anak lebih peka
  2. Mengasah otak kanan dimana berfungi untuk mengasah kreativiti
  3. Mampu menguji kesabaran anak anak untuk berusaha mencari kesemua perbezaan
  4. Mampu mengasah kecekapan 

Itulah antara manfaat permainan ini yang nyata penting untuk perkembangan minda. Permainan ini bukan hanya sesuai untuk kanak kanak sahaja, malah semua lingkungan umur digalakkan untuk bermain permainan ini.Ketelitian ada hubungkait dengan tahap etika kerja kita. Individu yang bersifat teliti lebih cenderung untuk mengelakkan konflik interpersonal yang reme-temeh.

Sekarang ada pelbagai jenis permainan yang seakan ini contohnya, Word Search Puzzle, Sudoku, atau teka silang kata yang mempunyai tahap mudah, sederhana dan sukar. Jadi terpulang pada kita untuk bermula dengan yang mana. 

Strixe sediakan 10 set gambar untuk cari perbezaan yang sesuai untuk peringkat kanak kanak. Boleh lihat contoh di bawah ini.

 


Boleh download dekat link ini ye:-

https://drive.google.com/file/d/1jpBTjeTbU1olS1oBO-K_gB42jrRcITXK/view?usp=drivesdk

Sumber artikel:-

Thiran, R. (2018, December 10). Kenapa Individu Yang bersifat teliti Lebih Berjaya?. Laman depan. https://www.utusanborneo.com.my/2018/12/10/kenapa-individu-yang-bersifat-teliti-lebih-berjaya

 


Your cart is currently empty.
Continue shopping