Ramadhan dan Aidilfitri 2024
Bagaimana dengan minggu awal Ramadhan anda ? Pasti meriah dengan minggu pertama sesi persekolahan.
Kesibukan dan 'huru-hara' minggu pertama pasti menjadi kenangan manis anda sekeluarga.
Saat kegembiraan berbuka puasa pasti mengubat segala kepenatan pada hari itu. Itulah antara kemanisan dalam berpuasa.
Disini Terciptanya Idea
Bagaimana raya anda setiap tahun ? Pastinya 3 hari pertama anda akan memakai baju raya baru sambil menziarah sanak-saudara di kampung.
Kesibukan melayan tetamu , menyediakan hidangan , bergerak dari satu rumah ke satu rumah yang lain atau menghadiri jemputan rumah terbuka pasti membuat kita aktif bergerak ke sana sini.
Maka , Strixe mengambil inisiatif menghasilkan Set Raya Sedondon menggunakan material cool fit atau microfibre yang sememangnya Strixe gunakan untuk bertahun-tahun.
Kain ini sinonim dengan set pakaian sukan kerana fabriknya yang sangat sesuai dengan gaya si pemakai yang lincah.
1. Quick dry - Fabrik ini cepat kering dan pastinya jika anda berpeluh , kesan lembapan akan diserap oleh fabrik dan cepat kering. Anda kekal segar dan tidak berbau.
2. Breathable - Kesibukan hari raya anda pasti membuat anda nyaman kerana rongga udara pada fabric tersebut memberikan pengudaraan yang baik
3. Wicking - Elemen ini pada fabric membuat peluh anda cepat kering seterusnya menjaga suhu badan anda persis seorang atlit di trek larian.
4. Stretchable - Fabrik ini mempunyai daya renggangan yang baik. Ini akan membantu pergerakan badan anda lancar dan fleksibel.
Oleh itu , Strixe melancarkan "Sweet Raya Series : Cookies Edition" dengan tujuh (7) pilihan warna.
Gingerbread Cookies
Warna Brick Orange ini menjadi ranking pilihan pertama minggu ini
Red Velvet Cookies
Warna Maroon ini juga menjadi pilihan ramai set sedondon sekeluarga
Warna Mint Green ini menjadi pilihan admin ya!
Jom raya sedondon bersama suami isteri dan anak-anak dengan selesa dan lebih ceria ! Bergaya , lebih manis dan lebih fleksibel untuk Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini .
Tempah segera.