icon-search
icon-search

Hari Wanita Antarabangsa

Hari Wanita Antarabangsa

Latar Belakang Sambutan Hari Wanita Sedunia

Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang.

Di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia.

Tradisi sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan adalah pada 25 Ogos dan masih diteruskan sebagai tanda bagi memperingati sejarah perjuangan wanita tanah air terdahulu pada awal tahun 1960-an.

Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang. Di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia.

Objektif Sambutan Hari Wanita Antarabangsa

  • Menyediakan platform bagi mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara
  • Mendaya upaya peranan semua pihak dalam usaha memperkasa wanita
  • Menyebar luas maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat umum berkaitan peluang penyertaan dalam pelbagai bidang, isu sejagat dan cabaran semasa khususnya berkaitan wanita
  • Mempamerkan komitmen Kerajaan dalam mengarus perdana kepentingan gender dalam aspek perancangan dan pembangunan negara.

WhatsApp Image 2024-03-06 at 13.39.42

Warga Strixe mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2024 . Let's Strixe !


Meraikan Keistimewaan dalam Perbezaan antara Lelaki dan Wanita

“Memperkasa wanita bukan untuk menyaingi lelaki tetapi untuk turut sama membangunkan generasi.”

Itu antara mesej utama sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan setiap 8 Mac setiap tahun khusus buat para wanita seluruh dunia.

Lelaki dan wanita telah diberikan keistimewaan serta keseimbangan dan mempunyai kepentingan dalam melakukan peranan masing masing. Peranan yang berbeza ini bukanlah lambang kehebatan atau kelemahan mana-mana pihak, malahan ia bertujuan meraikan kebolehan dan kemampuan selari dengan fitrah kejadian lelaki dan wanita sama ada dari sudut fizikal, rohani serta emosi tanpa mengira umur mahupun status sosial.

Peranan dan sumbangan wanita dan lelaki adalah seiring dengan kelebihan masing-masing. Bahkan dalam keadaan dunia sekarang, lelaki dan wanita boleh bersaing secara bebas mengikut keupayaan masing-masing tanpa diskriminasi hampir dalam segenap bidang.


Sumber

Artikel : 

1. Portal Rasmi Jabatan Pembangunan Wanita

2. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

3

Strixe bakal menganjurkan Flash Sale pada 8 & 9 hb sempena Hari Wanita Antarabangsa. Terhad 48 jam sahaja !



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping