icon-search
icon-search

Tema Hari Guru 2024: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Tema Hari Guru 2024: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani


Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan tema hari guru khas bagi semua warga pendidik di Malaysia.

Hari Guru merupakan acara yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah, para pelajar dan juga ibu bapa.

Tema ini menjadi pilihan bagi menyokong salah satu daripada 7 Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah, untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik.

Strixe menyanjung tinggi guru dan tenaga pengajar kerana menjadi tunjang dan pembentuk masa depan negara.

Strixe tersentuh dengan salah satu perkataan dalam tema pada tahun ini iaitu Aspirasi.

[as.pi.ra.si] Keinginan yang kuat , cita-cita , kemahuan yang kuat untuk mencapai sesuatu. Beginilah maksud dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

443699348_985510486909308_7916174826281237477_n

443844530_985510693575954_2612939305056200057_n

Strixe yakin bahawa setiap guru dan pendidik berperanan besar dan kritikal dalam membentuk pemimpin dan rakyat Malaysia yang berjaya , bermanfaat , berdaya saing dan seimbang dari pelbagai sudut.

Maka lahirnya ilham dalam penghasilan "Korporat Batik Strixe Aspirasi". Strixe memilih pastel sebagai warna utama penghasilan uniform korporat ini.

Pastel merupakan warna lembut yang sesuai dipakai untuk setiap peringkat umur. Simbol pastel sebagai warna lembut melambangkan kesabaran dan lemah lembutnya seorang guru dalam mendidik para pelajar.

Kesabaran , keikhlasan dan kesungguhan pula memerlukan disiplin dan semangat yang tinggi untuk menempuh hari yang mencabar setiap hari.

443844768_985511503575873_3081037839220738242_n443734258_985510603575963_7528372609405364188_n

Maka elemen-elemen ini disatukan dalam penghasilan Korporat Batik. Untuk makluman semua , Strixe memilih Ultra PolyX yang lebih tebal dalam bagi memastikan uniform ini tahan lasak. 

Tujuh (7) warna pastel menjadi pilihan dan tersedia jenis muslimah , lengan panjang dan lengan pendek. Kolar mandarin juga diperkenalkan bagi lengan panjang.

Ayuh tempah segera bersama rakan pejabat pasti anda semua tampil sedondon dan lebih semangat berpasukan.

Jom lihat lagi 3 warna di FB page Strixe. Selamat Hari Guru 2024 ! Terima kasih cikgu! 




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping