Kehangatan semangat bulan kemerdekaan kian terasa.
Para guru , warga hospital , syarikat swasta , jabatan kerajaan dan orang awam sentiasa bersamangat dalam menyambut bulan kemerdekaan.
Pembentukan negara kita bukanlah perkara yang mudah. Sambutan yang dijalankan bukan sahaja dapat menyemai semangat perpaduan malah dapat memberi suntikan dan semangat kepada generasi muda.
Mereka bakal penyambung legasi kita. Mereka yang bakal mencorak masa depan negara. Maka wajarlah kita mendedahkan semangat kemerdekaan kepada golongan muda ini dari peringkat awal.
Strixe berhasrat ingin menghasilkan rekaan-rekaan pakaian yang menarik dan juga selesa. Pastinya dengan pakaian kita juga dapat menyerlahkan semangat cinta dan rasa bangga sebagai anak Malaysia.
Kalau bukan kita , siapa lagi bukan ?
Bangkit series hadir dengan 6 pilhan warna. Elemen bunga raya , menara KL , KLCC , Menara 118 dan bulan bintang menjadi teras corak pada baju.
Jom kita semarakkan semangat bulan kemerdekaan 2024 ini. Merdeka!