icon-search
icon-search

Pakar tenunan Bangie Embol dianugerahkan Tokoh Kraf Negara 2024

Pakar tenunan Bangie Embol dianugerahkan Tokoh Kraf Negara 2024

KUCHING: Pakar tenunan Iban dari Kapit, Bangie Embol menerima anugerah Tokoh Kraf Negara 2024, hari ini.

Menurut laporan BERNAMA, anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2024 di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing

Ia merupakan pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1996. 

HKK 2024 bermula 21 Feb sehingga 4 Mac, diadakan bagi memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf kepada pembangunan industri kraf negara.

2

Sementara itu, menurut portal rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), Bangie telah melibatkan diri dalam bidang seni Tenunan Pua lebih kurang 40 tahun, selepas mewarisi seni kemahiran dari kedua ibu bapanya sejak remaja lagi.

Bangie turut melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti anjuran agensi kerajaan dan swasta bagi memperkenalkan Tenunan Pua di persada antarabangsa.

"Sumbangannya tidak setakat di situ sahaja, bagi memastikan seni warisan ini di warisi oleh generasi seterusnya, beliau telah memberi pengajaran kepada anak-anak tempatan melalui bengkel, kursus dan kelas bimbingan yang diadakannya," menurut portal tersebut.

Atas sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni kraf Tenunan Pua, pada tahun 2000, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Tenun Pua.


Sumber

Gambar : Bernama & DayakDaily

Artikel : Utusan Borneo Online


 

4

Pra pelancaran baju korporat "Strixe Pua Kumbu I" dilancarkan khas untuk pelanggan Strixe. Batik Sarawak di persada dunia! Jom meriahkan suasana di pejabat dengan kesenian dari Sarawak. Ayuh !



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping