icon-search
icon-search

Batik Activewear Series

Batik Activewear Series

BATIK MICROFIBER 

 

Baju batik selalu sangat dah kita dengar ?

Korporat batik pula satu pakaian yang sangat unik baru dilancarkan oleh Strixe. Boleh rujuk artikel sebelum ini ya.

Tapi.. baju microfiber batik pula. Macam mana pula tu?

Seperti yang kita sedia maklum, penjawat awam digalakkan untuk memakai pakaian batik mengikut hari tertentu. Ini kerana, kerajaan berhasrat membawa industri batik ini ke satu tahap yang lebih tinggi.

Seiring dengan hasrat negara, jadi tercetus lah idea untuk menghasilkan microfiber batik dimana semua golongan boleh memakai pakaian batik tanpa mengira pekerjaan mahupun gaya hidup atau rutin harian.

Kalau pembaca sekalian perasan, terdapat satu jenis pakaian sukan atau microfibre yang tidak asing lagi dipasaran. Kebanyakan guru sekolah , warga KKM mahupun agensi swasta memilih jersi sublimation untuk digunakan sewaktu bekerja.

Bayangkan, kain microfiber dan kita masukkan unsur klasik atau tradisional dalam design kita iaitu batik. Haa menarik bukan?

Jadi harini Strixe nak share antara kelebihanbatik microfibre dan waktu yang sesuai untuk dipakai.

WhatsApp Image 2024-02-21 at 21.40.56

Fabrik Microfibre

 

Antara kelebihan microfiber batik ialah:-

 

  1. Baju cepat kering untuk yang mudah berpeluh
  2. Mudah dicuci dan tidak mudah luntur warna walaupun dicuci seberapa banyak
  3. Ringan dan selesa untuk dipakai
  4. Sesuai untuk aktiviti atau rutin yang aktif dan cergas
  5. Boleh custom sehingga 10xl

 

Microfiber Batik sesuai dijadikan sebagai pakaian harian termasuklah untuk melakukan aktiviti bersukan. Tiap kali bersukan, asyik pakai baju plain saja kan, kalini cuba pilih corak batik pula, memang nampak cantik.

Memandangkan kita menggunakan kain microfiber, maka kita boleh pakai pada bila bila masa saja. Nak buat untuk baju kelas boleh, baju untuk hari keluarga pun boleh. Mudah kata, microfiber batik ini ibarat baju harian yang kita selalu pakai cuma bezanya adalah corak batik ini mempunyai imej warisan melayu yang unik.

Biasa yang kita jumpa dekat pasaran, baju kemeja batik kan? Memang tak sesuai kalau kita nak guna untuk aktiviti sukan. Jadi dengan adanya microfiber batik ni, boleh la sedondon dengan kawan kawan yang lain.

Boleh guna untuk majlis majlis luar yang tak memerlukan pakaian formal. Kita secara tak langsung akan berinteraksi dengan orang luar jadi benda pertama yang orang akan nampak adalah corak batik yang ada dekat baju kita tu.

Barulah kita dapat membantu menaikkan industri batik dalam kalangan kita lebih lebih lagi kepada golongan golongan muda.

Golongan muda sebenarnya minat dan suka terhadap elemen dan corak batik ni. Cuma tak sesuai dipakai untuk aktiviti harian mereka. Jadi , ayuh kita bersama menyokong seni warisan ini.

Warisan dalam kemodenan ! 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping