icon-search
icon-search

Fesyen Korporat

Fesyen Korporat

Pakaian korporat ialah pakaian rasmi untuk kakitangan dan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta. Pakaian korporat terdiri daripada pakaian formal ke pejabat dan pakaian seragam atau uniform. Terdapat pelbagai corak warna dan reka bentuk pakaian formal dan seragam dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta. Ia memberi imej dalam sesebuah jabatan kerajaan dan swasta.

Corak dan warna pakaian korporat bergantung kepada sesuatu organisasi tersebut. Kebiasaanya mereka memlilih baju korporat yang kosong dan warna mengikut warna logo organisasi tersebut atau mereka akan memilih warna asas seperti hitam, biru gelap dan putih. Terkadang kita akan nampak 2, 3 baju korporat yang sama, yang membezakannya hanyalah logo organisasi. 

Itu fesyen korporat yang lama, macam mana kalau fesyen korporat zaman kini? Adakah akan nampak lebih eksklusif?

Strixe pernah melancarkan beberapa corak baju korporat yang menggunakan elemen batik dan telah mendapat perhatian daripada orang ramai. Untuk memberikan nafas baharu kepada dunia baju korporat, Strixe akan melancarkan design baju korporat yang baharu dimana kali ini, kita menggunakan corak yang dipanggil damask. 

Sebelum kita tahu lebih lanjut apa itu Damask, jom kami tunjukkan salah satu corak yang bakal kami lancarkan tidak lama lagi! 

 

 


Damask ialah corak berlingkar yang mengandungi motif bunga, titik, bulatan dan juga bentuk geometri.

 

Sumber gambar: Vecteezy.com

 

 Corak Damask banyak digunakan dalam dunia fesyen kini untuk menampakkan lebih anggun dan klasik. Ia dipanggil Damask sempena tempat asal produk tekstil ini berasal iaitu Damascus, Syria. Terkenal dengan corak yang rumit, Damask dihargai kerana hiasannya. Walau bagaimanapun, hari ini, mudah untuk membuat corak damask yang sangat kompleks ini dengan menggunakan mesin tekstil moden.

 

 


Bagi menjawab persoalan di atas, baju korporat yang mempunyai corak corak seperti ini sememangnya akan membuat anda nampak eksklusif dan premium. Strixe akan terus mengeluarkan design design yang unik dan menarik sekaligus mengenalkan fesyen yang baru kepada para pelanggan agar sentiasa kelihatan bergaya.

Nantikan pelancaran baju korporat ini, dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang terawal membuat tempahan. 


Sumber Artikel:-

Sewport. (2021, June 21). What is Damask Fabric: Properties, How its Made and Where. Sewport. https://sewport.com/fabrics-directory/damask-fabric



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping