icon-search
icon-search

3 Sekolah Terawal Di Malaysia

3 Sekolah Terawal Di Malaysia

Sebelum kedatangan kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan, bidang pertanian, perikanan dan perburuan. 

Terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut ‘sekolah pondok ‘ yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya.

Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penjajah British mula membina institusi pendidikan di seluruh Malaya, Sabah dan Sarawak untuk anak anak mereka.

Antara 3 sekolah terawal di Malaysia adalah:-

1. Penang Free School, Pulau Pinang (1816)

 

Gambar: The Malaysia Life              

Sekolah ini ditubuhkan semasa pendudukan British oleh Rev. Sparke Hutchings, pengasas Penang Free School pada 21 Oktober 1816, Pulau Pinang. Antara tahun 1805 dan tahun 1816, pendidikan hanya tersedia untuk kanak-kanak Eropah dan Pegawai Kerajaan. Peningkatan bilangan kanak-kanak Asia menyebabkan peningkatan minat untuk menyediakan keperluan pendidikan mereka sendiri. Hutchings mula membuat petisyen untuk "sekolah percuma" yang bertujuan untuk menyediakan sekolah untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak miskin untuk dididik, diberi makan dan diberi pakaian tanpa pemilihan kaum atau agama. 

Gambar: travelmalaysiaguide.com

Apabila Malaysia mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Penang Free School perlu mematuhi Ordinan Pelajaran 1957 dan Polisi Pendidikan Negara. Penang Free School tidak lagi ditadbir oleh Gabenor tetapi oleh Board of Governors. Bangunan sekolah Penang Free School kekal menjadi milik Kerajaan dan kini sudah berusia 208 tahun (1816-2024).

2. Malacca High School, Melaka (1826)

 

Gambar: thestar.com.my

Malacca High School merupakan sekolah kedua tertua di Malaysia yang kini telah berusia 198 tahun. Sekolah ini ditubuhkan pada 7 Disember 1826 selepas Melaka dijadikan sebagai tanah jajahan oleh koloni British selepas diserahkan oleh Belanda melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824.

Permulaan Malacca High School secara langsung terlibat dalam penutupan sekolah campuran Belanda-Melayu yang ditubuhkan oleh pendakwah Kristian ketika pemerintahan Belanda. Penutupannya adalah disebabkan penyerahan kuasa oleh Belanda kepada British. 

Gambar: thestar.com.my

Pada 1 Ogos 1878, nama ‘Malacca Free School’ telah ditukar kepada ‘Malacca High School’ apabila kerajaan mengambil alih sekolah tersebut daripada “Christian Mission”. Mereka terpaksa menyerahkan ‘Malacca Free School’ kepada kerajaan kerana masalah kewangan dan pentadbiran.

3. St. Xaxier’s Institution, Pulau Pinang (1852)

Gambar: penang-traveltips.com

St. Xavier’s Institution yang kini telah berusia 172 tahun merupakan sekolah lelaki di Georgetown dan dinamakan sebagai mengenang Saint Francis Xavier, pengasas dakwah Kristian dan pengasas bersama Society of Jesus (Jesuit Order). Walaupun ini merupakan sekolah lelaki, masih terdapat pelajar perempuan yang mendaftar, namun hanya terhad kepada Tingkatan 6. Singkatan nama bagi sekolah ini adalah SXI di mana pelajarnya digelar Xaverieans atau Lasallians.

Gambar: wikipedia,org

Sehingga hari ini, St. Xavier’s Institution merupakan salah satu sekolah yang paling dihormati di Pulau Pinang, dan telah melahirkan beberapa ahli politik, ahli perniagaan dan profesional yang paling berpengaruh di Malaysia dan Singapura. Sekolah ini turut mengendalikan dua sekolah rendah iaitu satu di pinggir bandar Pulau Tikus dan satu lagi di pinggir bandar Air Itam.

Pendidikan merupakan aset paling penting untuk mengubah nasib sesebuah masyarakat. Walaupun ketika itu, Tanah Melayu agak ketinggalan dari segi pendidikan formal, tetapi mujur semangat juang yang ada pada mereka ketika itu sangat kuat untuk mengubah nasib mereka daripada terus ditindas di tanah air sendiri. Harapan Strixe agar bangunan bangunan bersejarah ini dapat dikekalkan dan dipelihara dan secara tidak langsung dapat menarik minat orang luar untuk mempelajari sejarah di negara kita. 


Sumber Artikel:-

  1. 10 Sekolah Menengah Paling Tua Di Malaysia. (2017, November 8). Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/10-sekolah-menengah-tertua-di-malaysia.html
  2. Ong, A. (2015, April 13). 14 SMKs That Are Over 100 Years Old And Still Going Strong. SAYS. https://says.com/my/news/old-school-sekolah-menengahs-that-are-over-100-years-old-and-still-going-strong#google_vignette
  3. About The School. (2012, September 5). Treasure2u. https://treasure2u.wordpress.com/about-the-school-2/
  4. Wikia, C. T. P. (n.d.). St. Xavier’s Institution. Penang Wikia. https://penang.fandom.com/wiki/St._Xavier%27s_Institution

 

 

 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping