icon-search
icon-search

Tips Pemilihan Warna Tudung

Bergaya mengikut tona kulit?

Selain bentuk wajah, faktor tona kulit juga memainkan peranan penting dalam pemilihan tudung agar penampilan diri lebih terserlah. Bukan semua warna sesuai dengan semua jenis kulit.

Kesalahan dalam memilih warna tudung boleh membuatkan anda nampak kusam, tidak bermaya atau menjadi lebih gelap daripada sebelum memakai tudung. Pemilihan warna tudung yang sesuai dengan tona kulit menaikkan seri wajah sekaligus membuat anda tampil anggun dan berkeyakinan.


Selain dari pemilihan warna tudung mengikut tona kulit, anda juga boleh mengikut tips ini untuk lebih yakin dalam mengayakan warna tudung.

 

1. Buat eksperimen

Ambil setiap shawl atau tudung yang ada. Padankan pada wajah untuk memastikan warna tersebut sesuai atau tidak. Kalau kena dan muka nampak lawa, maksudnya memang sesuai warna tu dengan kulit. Kaedah ini paling mudah untuk dilakukan tapi makan masa.

Cara untuk padankan tudung dengan wajah pun ada langkah langkah dia tau:-

Yang pertama: Pakai tudung warna putih

Yang kedua:Cari latar belakang yang cerah sebaiknya putih juga

Yang ketiga: Pastikan tempat yang anda pilih itu mendapat cahaya matahari atau lampu atau ring light.

Yang keempat: Rakam atau tangkap gambar untuk setiap eksperimen yang anda buat untuk memudahkan anda membandingkan sama ada muka anda nampak kusam atau tidak.

 

2. Kenal pasti tona warna

    Selepas mengetahui warna shawl dan tudung yang membuatkan anda nampak cantik, barulah 'kaji' tona warna berkaitan sama ada jenis sejuk atau panas. Salah pemilihan tona menyebabkan segala 'cacat cela' di wajah akan kelihatan tau!

    Cara kenal pasti tona warna adalah dengan tengok pergelangan tangan anda. Kalau urat tangan berwarna biru keungguan, anda sesuai tona warna sejuk manakala panas jika urat kelihatan kehijauan.

     

    3. Ketahui seasons warna

    'Musim' warna dibahagikan mengikut tona iaitu sejuk dan panas. Kalau anda kategori sejuk, maka winter dan summer adalah yang sesuai, manakala spring dan autumn bagi kategori panas.

     

    4. Dapatkan pallet warna

    Anda boleh muat turun sahaja pallet warna di Google atau Colour Analysis untuk mengetahui warna-warna yang lebih pelbagai. Jadi tiadalah warna tudung yang basic je anda akan beli. Sekarang ini, macam macam warna tudung dah ada dekat pasaran. 

    Selepas mengetahui kesemua di atas, bolehlah dapatkan warna tudung yang sesuai, pasti wajah anda tak kelihatan kusam lagi malah dapat jimatkan duit lagi dari membeli warna tudung yang tidak sesuai dengan anda.

     

    Selamat mencuba!

     

    Sumber Artikel:-

    1. https://www.mstar.com.my/xpose/mode/2023/07/08/5-langkah-pilih-warna-tudung-sesuai-wajah-ramai-tak-buat-step-penting-nombor-3-punca-muka-kusam

     

     

     



    Older post Newer post

    Your cart is currently empty.
    Continue shopping