icon-search
icon-search

Tips Memilih Corak Baju

Tips Memilih Corak Baju

INGIN TAMPIL LEBIH YAKIN?

Untuk artikel yang lepas, admin share tips untuk memilih warna tudung mengikut tona kulit. Kalau pemilihan warna dengan tona kulit dah sesuai, boleh la kita pergi ke langkah seterusnya iaitu pemilihan corak pakaian mengikut bentuk badan. Tips ini juga amat penting untuk menaiktaraf cara bergaya kita. Mungkin selama ini, kita menggayakan baju yang nampak cantik semata, tetapi tidak semua corak/warna sesuai dengan kita. Ingin tahu bagaimana pemilihan corak pakaian anda? Jom, admin kongsikan.



TIPS MEMILIH WARNA & CORAK PAKAIAN MENGIKUT BENTUK BADAN

1) Tinggi  dan langsing

Untuk individu yang berbadan kurus dan tinggi, sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran untuk kelihatan lebih berisi.



2) Rendah dan langsing

Sekiranya anda dalam golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya akan kelihatan lebih elegan dan trendy!


3) Rendah dan gempal

Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda. Rona gelap juga amat sesuai buat individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini. 



4) Tinggi dan gempal

Individu seperti ini sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti warna hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga sederhana. 



Jadi, anda dalam kategori yang mana? 

Semoga tips ini dapat membantu anda untuk bergaya lebih yakin dan apa jua jenis bentuk badan anda, yang paling penting adalah bagaimana cara anda menyerlah dengan gaya yang tersendiri. 

 

Sumber Artikel:-

Thaliarasul. (2022, July 27). Tips memilih warna pakaian berdasarkan bentuk badan. https://s.lemon8-app.com/s/svfmyhxrQR

 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping