icon-search
icon-search

Sejarah Fesyen

Sejarah Fesyen

FESYEN?

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Manakala berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain). Fesyen merupakan keinginan untuk sesuatu perubahan dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kehidupan manusia. Pakaian merupakan medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh.

Dengan hanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dan cita rasa adalah sesuatu yang subjektif. Setiap individu semestinya menginginkan identiti tersendiri dan tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Fesyen juga merupakan sesuatu yang ceria, yang menunjukkan ekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu. Fesyen boleh membuatkan kita lebih menarik, kreatif dan yakin terhadap diri apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak berfesyen mengikut kemampuan dan cita rasa tersendiri. Walau apapun, lanya periu disesuaikan dengan budaya dan latar belakang masyarakat.


SEJARAH FESYEN DI MALAYSIA

Perkembangan fesyen di Malaysia tidak dapat dipastikan dengan jelas. Namun perkembangan ini boleh dilihat dengan perubahan yang berlaku pada fesyen pakaian yang dipakai oleh masyarakat terutamanya ketika sebelum dan selepas zaman penjajahan oleh kuasa Barat di negara kita.

1. Zaman sebelum kedatangan kuasa Barat

Golongan Pemerintah

1718119237582 1718119253668

Golongan atasan merujuk kepada Sultan, Permaisuri, golongan diraja, pembesar-pembesar dan golongan kaya. Penggunaan baju melayu diperbuat daripada kain songket namun terdapat pantang-larang dimana golongan lain selain Sultan, Permaisuri dan kerabat-kerabat tidak boleh memakai sebarang kain songket yang berwarna kuning kerana warna kuning adalah menunjukkan dan melambangkan martabat dan kedaulatan bagi Sultan, Permaisuri, daun kaum kerabat diraja. Kain songket yang dibuat Baju Melayu dipakai dengan sampin yang juga diperbuat daripada kain songket dan “Tanjak” yang juga diperbuat daripada kain songket.

Golongan Yang Diperintah

 1718119481458 1718119496654

Golongan ini adalah rakyat biasa yang menggunakan songket sebagai bahan asas membuat pakaian. Namun kerana kualiti dan harganya yang tinggi dan mahal biasanya pakaian yang berasaskan songket ini dipakai ketika majlis-majlis tertentu yang istimewa contohnya di hari perkahwinan dan hari pernikahan. Malahan ada juga yang menggunakan pakaian yang berasaskan songket ini ketika menghadiri majlis-majlis keraian pembesar-pembesar. Potongan pakaian adalah sama seperti golongan pemerintah iaitu Baju Melayu bagi kaum lelaki dan Baju Kebaya bagi kaum wanita.

 

2. Zaman Semasa Penjajahan 

1718119660363 1718119652354

Semasa zaman penjajahan terdapat perubahan dalam perkembangan fesyen tanah air di mana elemen-elemen fesyen barat telah dimasukkan dan disesuaikan dengan masyarakat yang ada ketika itu. Contoh pakaian ketika itu adalah gaun, kemeja, seluar slek, seluar pendek, topi, tali leher, kot dan lain-lain lagi. 

  

Bagi masyarakat yang tinggal di Bandar-bandar besar apabila perubahan fesyen daripada zaman sebelum penjajah dengan semasa penjajahan adalah lebih jelas lagi. Ini secara tidak langsung boleh dilihat dan digambarkan melalui filem-filem yang dikeluarkan di mana pakaian-pakaian tersebut boleh dilihat ketara dipakai oleh para pelakon terutamanya dalam filem-filem arahan dan lakonan arwahyarham Tan Sri P Ramlee dan arwahyarhamah Puan Seri Saloma. Bagi mereka yang belajar di sekolah-sekolah Inggeris dan yang bekerja dengan pihak Inggeris harus memakai pakaian ala-ala Inggeris seperti baju pendek, baju kemeja, tali leher, seluar slek, kot dan sebagainya namun ada juga yang memasukkan sedikit elemen Melayu dengan memakai songkok walaupun memakai pakaian Inggeris ketika itu.

 

3. Zaman selepas penjajahan

Kemasukkan kaum Cina secara beramai-ramai untuk tujuan perlombongan bijih timah ketika era penjajah Inggeris dan kemasukkan kaum India juga secara beramai-ramai untuk tujuan perladangan getah telah mewujudkan kepelbagaian kaum di negara ini yang menyumbang kepada kepelbagaian fesyen pakaian di dalam negara kita. Ketika ini 3 kaum utama dalam negara iaitu Melayu, Cina dan India mempunyai koleksi dan perkembangan fesyen masing-masing berdasarkan budaya mereka sendiri yang turut dipengaruhi oleh fesyen setempat dan fesyen ketika era pemerintahan Barat. Masyarakat Melayu terkenal dengan fesyen-fesyen pakaian yang menutup aurat seperti baju kebaya dan baju melayu. 

 

Perkahwinan campuran antara kaum-kaum ini juga telah menggalakkan pembaharuan dan perkembangan ketika itu. Perkahwinan antara golongan Cina dan Melayu telah mewujudkan satu etnik yang dipanggil Baba Nyonya. Golongan ini mempunyai fesyen pakaian sendiri iaitu baju kebaya berkain batik yang dipakai oleh kaum wanitanya dan samfoo dipakai oleh kaum lelakinya.

 1718119866276

Fesyen terus berkembang dan melalui pelbagai lagi perubahan gaya dan trend sepanjang dekad 1980 dan 1990 an sehinggalah ke hari ini, kita telah berada di abad ke 21. Apa yang dapat diperhatikan adalah gaya pakaian dan trend cepat berubah serta sesetengah gaya itu adalah gaya lama yang telah diberikan nafas dan sentuhan baru yang bersesuaian dengan era tersebut. Dalam kata lain, sesuatu gaya pakaian masa lalu mungkin akan digunakan pada masa akan datang. Ini dinamakan 'kitaran fesyen'.

Kitaran fesyen ini dapat kita lihat pada awal tahun 1990 an di mana gaya 1960 an kembali diminati dengan diberikan sentuhan yang bersesuaian dengan tahun 1990 an. Evolusi fesyen bermula awal abad ke 20 hingga sekarang. Kita dapat menyaksikan perubahan trend daripada pakaian yang konservatif dan formal beralih kepada pakaian yang lebih ringkas, kasual dan selesa. Fesyen juga akan terus berkembang dengan penemuan gentian-gentian baru dan pembuatan pakaian fungsi (functional clothes). Penyelidikan dan pembangunan fabrik berteknologi tinggi kini semakin pesat, bersesuaian dengan cabaran kehidupan pasca moden di alaf baru.


Sumber Artikel:-

Junita Bt Sha’ari, & Mohd Ehfan Bin Ibrahim. (2018). Diari Dunia Pereka Fesyen. 2018, https://anyflip.com/zaiuj/dwkb

Yatieosman87. (2011). Seni Reka Fesyen. 2011,https://yatieosman87.blogspot.com/2011/12/sejarah-fesyen-pakaian-di-malaysia.html

 

 

 

 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping