icon-search
icon-search

Doodle Art : Seni di Bawah Minda Sedar

Doodle Art : Seni di Bawah Minda Sedar

Doodle: Seni dibawah minda sedar

Apa itu Doodle?

Sebuah doodle adalah gambar tidak fokus atau tidak sedar dibuat saat perhatian seseorang sedang berfikir tentang perkara lain. Doodles adalah gambar sederhana yang mungkin hanya bentuk-bentuk abstrak. Doodle adalah suatu gaya menggambar dengan cara mencoret, terlihat abstract, ada yang tidak bermakna, ada yang bermakna, terkadang lukisan yang dihasilkan tidak memiliki bentuk yang betul namun ternampak unik dan menarik.

Contohnya adalah di buku nota sekolah pelajar dimana mereka sering “menconteng” ketika mengelamun atau kehilangan minat dalam kelas. Contoh yang lain adalah dari contengan yang dihasilkan semasa perbualan panjang di telefon jika sebuah pen dan kertas tersedia.

Sekarang seni doodle semakin berkembang, bentuknya yang abstract dan memiliki keunikkan tersendiri membuat pelukisnya semakin bertambah dari hari ke hari. Bahkan tanpa kita sedari,  kita sering menghasilkan karya doodle, contohnya “contengan” dikelas  adalah salah satu doodle art.

Doodle adalah salah satu seni karya dan kreatif yang murah lagi meriah. Tidak perlu kertas khusus seperti kanvas. Semua idea itu bergantung kepada pelukis doodle art itu sendiri dalam pemilihan peralatan dan gaya doodling yang sesuai dengan jiwa nya. Doodle art termasuk juga merupakan seni rupa 2 dimensi, dan senui design grafik yang menarik.

Seni doodle juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Tahukan coret-coretan yang terdapat di gua-gua pada zaman dahulu? Itu juga merupakan salah satu gaya karya doodle tertua, bahkan sebelum orang mengenal tulisan, dimana doodling dijadikan alat untuk menceritakan sebuah kisah turun temurun.

Kini, karya doodle nampaknya bukan sekadar menjadi penghias dinding ataupun seni lukisan di atas kanvas semata-mata malah menjadi elemen seni yang mewarnai dunia fesyen. Karya doodle dilihat 'comel' kerana mampu menghasilkan pelbagai contengan animasi juga kadangkala mampu membawa pelbagai karakter yang 'ganas' tetapi menarik.

Sumber Artikel:

  1. https://doodleartscience.wordpress.com/
  2. https://www.hmetro.com.my/WM/2021/03/687744/lukisan-doodle-dalam-pakaian

 

 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping