(Gambar ini diambil daripada Blog Tokopedia dan Lifestyle Kompas)
Sejarah
“Mencanting” batik ialah satu teknik percetakan tradisional yang terkenal di Malaysia. Lilin cair diterap dan dicelup dengan warna.
Selain itu , lebih kurang pada tahun 1770-an, sejenis batik yang dikenali sebagai Batik Pelangi telah diperkenalkan.
Sehingga kini, perusahaan pakaian batik Malaysia banyak bertumpu di negeri-negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu.
Hasil pembuatan batik di Malaysia amat dikenali di peringkat antarabangsa. Rekaannya yang bermutu tinggi dan coraknya yang unik menambat hati peminat pakaian tradisional.
Maksud Batik
Perkataan batik berasal daripada 2 perkataan Jawa : Amba dan nitik.
‘Amba’ merujuk sebagai tulis manakala ‘nitik’ pula bermaksud membuat titik.
Batik juga membawa maksud kain yang dilukis dengan corak yang menarik dan terang.
Dikatakan batik telah wujud sejak lebih 1000 tahun dahulu. Berkemungkinan berasal dari zaman Mesir Kuno.
Di alam Melayu, batik disebut di dalam sejarah pada abad ke-17.
Ia melibatkan kisah tentang Sultan Mahmud yang mengarahkan Laksamana Hang Nadi untuk mencari 140 kain serasah (batik) dengan 40 jenis bunga yang berbeza.
Hang Nadim belayar ke India untuk mendapatkan kain batik itu namun tidak menemuinya.
Beliau kemudian membuat corak batik sendiri. Namun dalam perjalanan pulang, kapal yang dinaiki Hang Nadim karam dan hanya sempat menyelamatkan empat helai kain sahaja.
Prosedur Penghasilan
- Terap dengan lilin pertama,
- Kain akan dicelup dengan warna yang sedikit gelap,
- Kemudian akan melalui proses terap untuk kali kedua dan dicelup dengan warna yang lebih gelap
- Proses ini dilakukan sebanyak beberapa kali sebelum kain direbus di dalam air yang mengandungi soda.
- Ketika proses rebusan, beberapa warna berlainan akan kelihatan.
- Kain tersebut akan dijemur sehingga kering
Jenis Batik
- Batik conteng
- Batik blok
- Batik skrin
Warisan kebudayaan dan keseniaan ini wajar dipertahan dan dikekalkan. Tiada tamadun tanpa seni budaya. Warisan ini bukanlah menghalang kemodenan dan jadikan Sejarah sebagai panduan mencorak masa depan. Bersamalah kita memelihara budaya warisan kita.
Warisan Dalam Kemodenan
Strixe sebagai pengeluar jenama pakaian ‘activewear’ , sedondon dan berpasukan ingin turut serta dalam memelihara budaya kita ini.
Melawan arus , Strixe mengambil inisiatif menghasilkan jersi sukan dan korporat batik menggunakan teknologi terkini iaitu “sublimation”.
Elemen dan corak batik dilukis secara digital dan dibawa masuk dalam corak pakaian harian. Harapan kami agar dapat menarik minat dan perhatian generasi muda untuk mula jatuh hati pada budaya seni kita. Mereka ini yang akan meneraju Malaysia kelak.
Bakal Dilancarkan
Strixe juga dalam proses penyelidikan untuk menghasilkan corak batik dari Sabah dan Sarawak. Untuk makluman , hasil rekaan ini semua dari pereka grafik Strixe , anak-anak muda di Perak dan sekitar.
Anda pasti akan tampil unik dan menarik sambil menyanjung seni warisan dari bumi Kenyalang ! Nantikan kemunculan design Korporat Batik Sarawak , yang pertama di Malaysia.